Wakafkan Al Quran Daripada Sebahagian Pendapatan Untuk Keberkatan
Program ini berkonsepkan 'taja dan wakaf', memberi laluan mudah kepada anda yang musykil dan tidak tahu ke mana hendak disalurkan sumbangan serta bantuan kepada saudara-saudara Islam yang satu akidah dan iman dengan anda.
Tahun 2024 adalah tahun ke 19 kami dalam menguruskan Wakaf Al Quran di Malaysia.
Kami juga telah mendapat Pengiktirafan Badan-Badan Islam dan mendapat sokongan penuh daripada agensi-agensi dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri.
Alhamdulillah program wakaf al-Qur'an anjuran kami berjaya menjadi contoh dalam usaha menggalakkan umat Islam beramal jariah dan bersedekah.
Sesungguhnya terdapat tiga amalan pahalanya dijamin berterusan mengalir walaupun telah meninggal dunia ialah sedekah jariah, ilmu bermanfaat yang dikongsikan serta doa daripada anak yang soleh.
“APABILA MANUSIA MENINGGAL DUNIA TERPUTUSLAH PAHALA AMALANNYA KECUALI DARIPADA TIGA PERKARA: SEDEKAH YANG BERTERUSAN FAEDAHNYA, ILMU YANG DIMANFAATKAN DAN ANAK SOLEH YANG BERDOA KEPADANYA.” (HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu Hurairah)
Jadi, sahabat mulai sekarang mari kita perbanyak sedekah.
Dalam berwakaf, boleh juga niatkan pahala berwakaf atas nama diri sendiri, ibu bapa atau keluarga. Insyaallah pahalanya sampai.
Kerana itu, Konsortium Wakaf Quran melancarkan Program Wakaf Quran dan buka peluang kepada kita untuk berwakaf atas nama orang tersayang yang telah pergi, masih hidup atau buat diri sendiri.
Soalan: Saya nak tanya, kalau wakaf untuk orang yang dah meninggal boleh jugak ke?
Jawapan: InsyaAllah sampai pahalanya dan diterima oleh Allah SWT. Ini kerana, amal soleh atau wakaf yang dilakukan oleh orang yang masih hidup boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia.
Soalan: Jika saya nak wakaf untuk diri sendiri saya boleh?
Jawapan: Sudah pastinya boleh.
Agihan Al Quran wakaf ini adalah untuk para pelajar tahfiz, murid sekolah agama, surau, masjid, dan juga institusi yang memohon.
Secara purata, 500-1000 naskah Al Quran diperlukan setiap bulan untuk diagihkan.
Dibawah ini pula adalah sebahagian gambar agihan Al Quran daripada Konsortium Wakaf Quran.
Rebut pahala wakaf berpanjangan dengan berwakaf.
Kita berwakaf sekali, namun pahala mengalir masuk dalam akaun akhirat selamanya. Setiap ayat Quran yang dibaca hasil dari sumbangan wakaf kita, orang yang kita wakafkan dan diri kita juga turut terima ganjarannya.
SAYA BERHAJAT INGIN MEWAKAFKAN AL-QURAN BAGAIMANA CARANYA?
Untuk mewakafkan al-Qur’an, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah.
1. Taja al-Qur’an dengan harga RM35.00 sebuah, jumlah yang ingin ditaja adalah terpulang kepada diri anda. Sebagai contoh, RM 35 untuk sebuah, RM 70 untuk 2 buah, dan begitulah seterusnya.
Modal untuk saham pahala mengalir berpanjangan ini hanya bermula dengan RM35 bagi senaskah Quran.
Jika banyak maka lebih banyaklah keuntungan ganjaran pahala kelak insha Allah.
2. Anda cuma perlu buat bayaran atas talian melalui butang “Berwakaf Sekarang” mengikut jumlah naskhah al-Qur’an yang anda kehendaki.
Boleh juga hubungi Pegawai Konsortium Wakaf Quran bertugas yang sedia membantu anda. 0167371267
3. Setelah berwakaf, anda digalalakkan untuk join group telegram “Konsortium Wakaf Quran” bagi anda melihat gambar dan aktiviti sumbangan Wakaf Quran.
Klik link ini: https://t.me/konsortiumwakafquran
Nama pewakaf juga boleh ditulis. Maklumkan sahaja kepada kami. Untuk yang tak mahu nama ditulis di quran, niat sahaja dah memadai. Insya-Allah setiap doa sampai kepadaNya.
Ayuh! Jom beramal jariah.
"Ya الله, terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini."
"Ya Allah berilah aku kesabaran, diberi kerja yang lebih baik, diberi pasangan hidup jika masih belum berumahtangga"
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
“Ya Allah, dengan sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya untuk kedua orang tua ku”
Ya الله , berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa.
Tak banyak hanya RM35 sahaja. Akhirat dapat, insyaAllah dunia pun murah rezeki.
Semoga anda yang berwakaf ini mendapat rahmat Allah SWT & dipermudahkan segala urusan. Amin